Rawatan Solat Hajat ini dijalankan sebagai ikhtiar rohani untuk memohon kesembuhan, ketenangan, perlindungan dan sebagainya dengan harapan Allah SWT akan memakbulkan segala hajat yang dipinta.
Dilaksanakan pada waktu sepertiga malam terakhir, antara jam 2.00 pagi hingga 5.30 pagi, saat di mana doa lebih mudah diangkat ke hadrat Ilahi. Setiap sesi dilaksanakan dengan niat yang jelas, penuh beretika, dengan kekhusyukan penuh, mengikut kaedah para ulama muktabar serta amalan Salafus Soleh.
RawatanSolatHajat.Com menyediakan pilihan pakej mengikut tempoh pelaksanaan yang ditawarkan. Anda boleh memilih pakej berdasarkan keperluan, kesesuaian jadual dan skop perkhidmatan yang diterangkan di bawah ini.
PAKEJ 1 MALAM – Permulaan Hajat & Mohon Ketenangan
Sesuai untuk pelanggan yang ingin membuat tempahan bagi satu sesi pelaksanaan Solat Hajat.
Tujuan
Sesuai untuk hajat ringan dan umum seperti ketenangan hati, keampunan, perlindungan diri atau permulaan usaha baru.
Perincian Rawatan:-
- Perbincangan awal mengenai hajat.
- Penetapan jadual pelaksanaan.
- Solat Hajat 2 rakaat dengan niat khusus hajat pelanggan.
- Bacaan Surah Yasin dan doa hajat selepas Solat Hajat.
- Zikir, istighfar dan selawat secara beradab.
- Doa mustajab daripada ayat Al-Quran & hadis.
- Dibacakan niat pelanggan secara khusus sebelum Solat Hajat.
- Lain-lain amalan sekiranya perlu mengikut kesesuaian hajat.
- Makluman pelaksanaan Pakej Rawatan Solat Hajat kepada pelanggan.
PAKEJ 3 MALAM – Pengukuhan Hajat & Ketenangan Jiwa
Pilihan untuk pelanggan yang menginginkan pelaksanaan secara berperingkat selama tiga malam berturut-turut mengikut jadual yang dipersetujui.
Tujuan
Sesuai bagi mereka yang berhadapan dengan masalah tekanan jiwa dan emosi, rezeki tersekat, urusan kerja, keluarga, rumah tangga atau ingin membuat keputusan penting dalam hidup.
Perincian Rawatan:-
- Perancangan jadual pelaksanaan.
- Maklumat hajat yang ingin dipohonkan.
- Solat Hajat 4 rakaat selama 3 malam berturut-turut.
- Bacaan Surah Yasin setiap malam dengan doa khusus mengikut hajat.
- Amalan zikir, istighfar, selawat, “La hawla wa la quwwata illa billah”.
- Bacaan Asmaul Husna untuk kesembuhan.
- Dibacakan Ayat Ruqyah bagi ketenangan emosi, mental dan spiritual serta kesembuhan penyakit.
Lain-lain amalan sekiranya perlu mengikut kesesuaian hajat. - Makluman pelaksanaan Pakej Rawatan Solat Hajat kepada pelanggan..
PAKEJ 5 MALAM – Pemulihan Rohani & Gangguan Energi Negatif
Pilihan bagi pelanggan yang memilih tempoh pelaksanaan lebih panjang dan jadual yang telah ditetapkan.
Tujuan
Disyorkan untuk kes gangguan sihir, saka, tekanan batin berat atau masalah kesihatan yang berpanjangan dan masih belum sembuh.
Perincian Rawatan:-
- Penyelarasan jadual untuk lima malam.
- Pelaksanaan mengikut skop yang diterangkan.
- Solat Hajat 6 rakaat setiap malam selama 5 malam berturut-turut.
- Bacaan Yasin dan doa perlindungan.
- Zikir dan selawat khas bagi membersihkan jiwa dan tenaga rohani.
- Bacaan ayat-ayat Ruqyah dan doa-doa mustajab.
- Doa khusus ditujukan kepada pesakit & ahli keluarga terdekat.
- Lain-lain amalan sekiranya perlu mengikut kesesuaian hajat.
- Makluman pelaksanaan Pakej Rawatan Solat Hajat kepada pelanggan.
PAKEJ 7 MALAM – Pakej Lengkap Hajat Besar & Penyembuhan Rohani
Pilihan untuk pelanggan yang menginginkan jadual pelaksanaan selama tujuh malam, tertakluk pada ketersediaan dan terma dan syarat perkhidmatan.
Tujuan
Sesuai untuk hajat besar dan kes yang memerlukan doa berterusan, seperti sihir berat, gangguan rumah tangga, urusan rezeki yang tersekat atau usaha besar dalam hidup.
Perincian Rawatan:-
- Perbincangan awal dan penyelarasan jadual.
- Pelaksanaan mengikut skop yang dipersetujui.
- Solat Hajat 12 rakaat selama 7 malam berturut-turut dengan fokus hajat utama.
- Bacaan Surah Yasin, Al-Baqarah (ayat terpilih), doa hajat & doa mustajab para Nabi.
- Amalan malam: Solat Tahajjud, Solat Taubat bersama doa kesembuhan.
- Zikir 1,000x “Ya Fattah, Ya Razzaq, Ya Shafi” dan lain-lain (mengikut keperluan) sepanjang tempoh rawatan.
- Doa perlindungan rumah & ahli keluarga turut dibacakan.
- Lain-lain amalan sekiranya perlu mengikut kesesuaian hajat.
- Makluman pelaksanaan Pakej Rawatan Solat Hajat kepada pelanggan.
- Perancangan Rawatan Solat Hajat Mengikut Keperluan Anda
- Perincian Pakej Rawatan Solat Hajat yang dinyatakan di atas merupakan panduan asas sahaja, bagi membantu anda memahami bentuk pengisian yang boleh dilaksanakan. Anda bebas mencadangkan dan merangka (sekiranya memerlukan) pelan Rawatan Solat Hajat anda sendiri yang bersesuaian dengan keperluan, tujuan serta hajat yang ingin dipohon, untuk kami pertimbangkan dan dilaksanakan bagi pihak anda mengikut kesesuaian.
- Apa yang penting, setiap usaha hendaklah disertai dengan doa, kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT. Kita merancang dan berikhtiar sebaik mungkin, manakala segala ketentuan dan hasilnya kita serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT, kerana Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Nota Penting:
- Semua Pakej Rawatan Solat Hajat dilakukan dengan niat ikhlas hanya kerana Allah SWT.
- Tiada jaminan kesembuhan dan kemakbulan, kami hanya berusaha dan berdoa, bukan menjanjikan hasil yang pasti.
- Kesembuhan dan penerimaan doa hanya milik Allah Yang Maha Kuasa.
- Infaq atau bayaran sumbangan diberikan secara sukarela dan tanpa paksaan, sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap masa, tenaga dan susah payah Perawat dalam usaha melaksanakan Rawatan Solat Hajat selain usaha dakwah serta Rawatan Islam.
- Pada masa yang sama, pelanggan atau pihak yang berhajat juga digalakkan juga untuk melakukan Solat Hajat dan bukannya menyerahkan urusan Solat Hajat sepenuhnya kepada Perawat sebagai tanda kesungguhan dan mudah-mudahan Allah SWT memperkenankan dan memakbulkan hajat tersebut.
Bilangan sesi dalam Pakej Rawatan Solat Hajat merupakan pilihan tempoh perkhidmatan sahaja. Ia bukan menjadi ukuran kepastian sesuatu hajat akan dimakbulkan. Tiada pakej yang menjamin hasil tertentu atau memberikan kuasa untuk menentukan ketetapan Allah SWT.
Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan Pakej Rawatan Solat Hajat, sila KLIK butang TEMPAH SEKARANG.
